Memang Indah semasa bercinta. Ada kala cinta menyebabkan anda lupa daratan dan tidak sedar bumi mana dipijak. Segala-galanya bagaikan terawang-awang. Tapi bila putus cinta, dunia ini terasa bagaikan berakhir. Pandangan terasa amat gelap. Wajah yang dahulu sentiasa tersenyum kini tampak muram.
SHUFIAN SUHAIMI, 28, Pengurus kedai berkata,
"Bagi terjadi pada saya putus cinta, saya lebih suka menyendiri dan jadi lebih pendiam. Mungkin ia hanya ambil masa seminggu. Saya lebih suka meluahkan perasaan saya pada kawan rapat daripada keluarga sendiri. Bagi saya, lelaki dan perempuan mempunyai emosi yang sama apabila putus cinta. Tetapi lelaki tidak wajar untuk menangisi perpisahan itu kerana ada ego. Kita kena terima hakikat itu. Jika kita bermula dengan baik berpisah juga dengan cara baik."
ALIZAN ALIAS, 24, Pelukis berkata,
"Saya bercinta dengan perempuan yang boleh terima saya seadanya. Jika sejak awal lagi kita tidak boleh bersama atau tidak ada kesefahaman, bagaimana kiita hendak teruskan hidup bersama hingga akhir hayat. Waktu bercinta, kita kena banyak belajar untuk menerima pasangan sama ada serasi atau sebaliknya. Jika ada masalah timbul dalam perhubungan, lebih baik bincangkan lebih awal. Kalau ikutkan hati memang hendak carikan pengganti tetapi saya ada pendirian. Kalau dah putus, biarlah perhubungan diteruskan sebagai kawan biasa."
ABDUL HAMID AHMAD, 30, Kerani berkata,
"Sewaktu putus cinta, "tension". Saya ada menangis tapi hanya dalam bilik. Saya tak bagi tau kawan-kawan apa yang berlaku kepada saya kerana ianya adalah masalah peribadi. Cuma saya beritahu kepada kawan baik. Sekurang-kurangnya ada orang dengar luahan hati kita. Dia juga boleh beri nasihat berguna untuk didengar. Memang susah hendak lupakan cinta pertama. Sebenarnya kita kena jadi tabah. Ikut prinsip agama, mungkin tidak ada jodoh antara kita. Selepas putus cinta, saya bertekad untuk tidak bercinta lagi tetapi mahu terus berumah tangga."
SHAHRUL IZWAN, 20, Pelayan hotel berkata,
"Pengalaman bercinta monyet sewaktu bersekolah memang ada. Walaupun saya bercinta pada usia muda, tetapi apabila putus cinta itu bergantung kepada individu itu sendiri. Bagi saya, cara terbaik untuk menangani masalah putus cinta dengan dekatkan diri kepada Tuhan dan banyakkan membaca Al-Quran."
Itulah komen orang lelaki semasa putus cinta. Jika anda putus cinta berkali-kali, jangan putus asa. Gagahkan dirimu dan jangan biar wanita mengetahui kelemahanmu.
Sms Cinta
Kalau cinta ibarat penyakit,aku taknak makan ubat.Biar aku merana diserang penyakit ini krn aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!
Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi!
No comments:
Post a Comment