Madah Cinta

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Thursday, August 28, 2008

Cara Pikat Lelaki

Email dari saudari julia " saya seorang wanita yang sudah berumur 25 tahun. Setiap hari saya melihat pasangan bahagia dan romantik di mana saja saya berada. Kadang-kadang saya cemburu juga dengan pasangan itu. Selalu saya dengar lelaki bertanya bagaimana nak pikat wanita jadi saya ingin bertanya pada saudara arsyad 'bagaimanakah cara memikat lelaki'. Harap saudara arsyad menjawab soalan saya ini. Mungkin petua arsyad boleh membantu saya."

Baik untuk menjawab soalan saudari Julia, saudari seorang wanita untuk menambat hati lelaki bukanlah semata-mata dengan menggunakan kuasa kecantikan, tetapi banyak perkara-perkara yang perlu kita titikberatkan untuk menarik perhatian lelaki terhadap diri kita. "Sentiasa tersenyum dan jngan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan sidia.
"Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda
"Berwatakan menarik (Persenoliti yang mampu mengugat hatinya)
"Jujur dan sentiasa merendah diri
"Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
"Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut
"Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati
"Jangan terlalu mengongkong
"Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahaui seprti mata dan tangan
"Jaga cara pemakaian anda. Sebaik-baik wanita ialah wanita yang menjaga adab.
"Sering memberikan kad ucapan buat sidia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
"Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
"Apabila berhadapan dengan lalaki yang kamu minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
"Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka
"Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
"Tidak mudah purus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
"Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
"Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali
"Menjadi temannya ketika dia susah dan senang
"lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang
"yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik
"Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki
"Lelaki tidak suka jika kamu memakai solekan yang terlalu tebal
"Mengetahui bila hari lahirnya
"Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya
"bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku.Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan
"Jangan terlalu teruja ketika bertemu dan berbual dengannya.Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk pengenalan pertama
"Jangan terlalu bersikap ganas dalam perbualan
"Jangan terlalu menunjukkan bahawa kami ini terlalu baik dan sempurna
"Jangan perasan bahawa kamu memnpunyai paras rupa yang jelita.
"Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
"Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan
"Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
"Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
"Jangan bersikap terlalu kuno
"Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
"Usia dan bentuk badan bukanlah menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan,kejujuran dan tingkah laku yang bersopan - santun
"lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama
"Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan
"Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada
"Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati
"Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang
"Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi
"Jangan terlalu mengada-ngada nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
"KETAHUILAH MEREKA INI ADALAH GOLONGAN YANG TERLALU SENSITIF DAN SUKA AKAN KELEMBUTAN APATAH LAGI DARI SEORANG GADIS

Selamat Mencuba & Semoga Berjaya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

No comments:

Luahan Cinta

Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit…bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan….
Ini adalah cinta tanpa syarat….
Aku begitu menyintaimu…..

Madah Cinta

Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.

Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.


Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia akan melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas kepala orang lain.