Madah Cinta

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Wednesday, August 13, 2008

Cinta tidak memilih rupa

Assalamu'alaikum saudara lukman..

Harap anda sihat selalu disisi keluarga. Mengenai soalan saudara, kita jangan kecewa dengan hidup yang serba kekurangan. Tuhan beri banyak kelebihan pada orang yang istimewa ini. Orang yang normal tak semestinya hebat berbanding dengan saudara lukman. Cuba saudara beritahu saya, ada tak dalam Al-Quran atau hadis menghalang saudara daripada berkahwin. Tiada kan...

cuba lihat sajak Jodoh di tangan Tuhan.

Tak salah jika saudara menyintai mana-mana gadis. Bukankah saya dah kata pada tajuk yang lepas, kahwin dulu baru bercinta. Saya lihat hari nie, manusia gilakan cinta dan sanggup melakukan apa saja. Yang saya hairan, ada manusia lebih teruk daripada saudara. Contoh saya ingin beri ialah mereka cintakan manusia lebih dari segala-galanya. Mana mereka letak Tuhan Yang Esa dan Nabi yang patut dicintai. Jadi kita kena letak tuhan no 1 sebab Dia adalah segala-galanya bagi kita.

Wahai orang muda, sesiapa pun di antaramu yang mampu berkahwin, hendaklah berkahwin, kerana inilah satu cara menahan mata daripada melihat kepada keburukan dan memelihara kamu supaya suci dan mulia Dan sesiapa yang tak mampu, hendaklah berpuasa kerana puasa melemahkan nafsu (Bukhari wa Muslim).

~>>Sabda Rasulullah s.a.w:

"Tidak kami dapati pada dua orang yang sedang bercinta itu (lebih baik daripada) nikah."
((Riwayat Ibn Majah dan diklasifikasikan sebagai sahih oleh al-Busoiri dan al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah: 624))

==>>Al-Sindi r.h berkata:
"Hadis itu boleh merujuk kepada dua orang atau lebih. Maksudnya, jika timbul perasaan cinta antara dua manusia yang berlainan jenis, cinta itu tidak akan bertambah atau bertahan lama tanpa ikatan perkahwinan. Jika terjadi perkahwinan atas dasar cinta itu, ia akan bertambah kuat dari hari ke hari. " ((Rujuk: Nota kaki Sunan Ibn Majah)).

Cuba lihat hadis diatas dan hayati apa yang nabi kata.

Sebelum saudara menyintai seseorang, saudara harus sembahyang istiqarah. Minta petunjuk pada yang Esa. Biar dia tentukan yang mana baik untuk kita. Saya percaya Tuhan tidak akan biarkan hambanya bersendirian jika kita sentiasa ingat pada Allah.

Ini doa untuk mencari pasangan hidup. Mintalah pada Allah dengan hati yang ikhlas. Buatlah selepas sembahyang wajib. Insya-allah, tuhan pasti makbul doa kita jika kita minta dengan ikhlas.

Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan...
[nama pasangan] tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami....
agar kemesraan itu abadi...


Ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan....
dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku....
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan....


Ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti....
Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantilah yang telah hilang....
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...
Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin..


Saudara lukman yang saya kasihi, semoga anda berjaya didunia dan akhirat. Letakkan pengharapanmu pada Allah dan jangan terlalu harap pada manusia kerana manusia tidak dapat membantu kita ketika kesusahan.

Testimoni para peserta

Cinta selepas kahwin..itulah yang berlaku pada ana. Setelah berkahwin 8 tahun lebih, Alhamdulillah, kemanisan bercinta selepas berkahwin masih terasa seolah-olah baru semalam berkahwin. (Azrul)

sebaik2 bercinta adalah selepas perkahwinan... kalau nak bercinta sebelum kawin jagalah batas2 nya... (Murni)

Semoga karya ini memberi panduan pada semua.

No comments:

Luahan Cinta

Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit…bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan….
Ini adalah cinta tanpa syarat….
Aku begitu menyintaimu…..

Madah Cinta

Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.

Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.


Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia akan melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas kepala orang lain.