Madah Cinta

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Friday, August 1, 2008

Sajak-Jodoh Di Tangan Tuhan

Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah.
Tapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak.
Susah dipetik, susah digapai”.
Terkadang itu, epal itu risau,
“ Kenapa diriku belum dipetik?”
Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan sebenarnya Allah telah menjadikannya begitu tinggi mertabatnya…
sehingga tiada siapa yang berani memetik…
hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu… mungkin tidak di dunia, namun di akhirat.
Biarlah jodoh tidak di dunia,
asalkan cinta Allah mengiringi…
SESUNGGUHNYA JODOH DI TANGAN TUHAN..!

No comments:

Luahan Cinta

Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit…bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan….
Ini adalah cinta tanpa syarat….
Aku begitu menyintaimu…..

Madah Cinta

Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.

Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.


Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia akan melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas kepala orang lain.