Madah Cinta

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Friday, August 1, 2008

Bila Putus Cinta, Apa lelaki Buat

Memang Indah semasa bercinta. Ada kala cinta menyebabkan anda lupa daratan dan tidak sedar bumi mana dipijak. Segala-galanya bagaikan terawang-awang. Tapi bila putus cinta, dunia ini terasa bagaikan berakhir. Pandangan terasa amat gelap. Wajah yang dahulu sentiasa tersenyum kini tampak muram. Ada juga sanggup terperap dalam bilik dan tidak mahu jumpa sesiapa. Persoalannya adakah sakitnya putus cinta lelaki sama dirasai seperti kaum wanita? Bagaimanakah lelaki menghadapi saat putus cinta?

SHUFIAN SUHAIMI, 28, Pengurus kedai berkata,
"Bagi terjadi pada saya putus cinta, saya lebih suka menyendiri dan jadi lebih pendiam. Mungkin ia hanya ambil masa seminggu. Saya lebih suka meluahkan perasaan saya pada kawan rapat daripada keluarga sendiri. Bagi saya, lelaki dan perempuan mempunyai emosi yang sama apabila putus cinta. Tetapi lelaki tidak wajar untuk menangisi perpisahan itu kerana ada ego. Kita kena terima hakikat itu. Jika kita bermula dengan baik berpisah juga dengan cara baik."

ALIZAN ALIAS, 24, Pelukis berkata,
"Saya bercinta dengan perempuan yang boleh terima saya seadanya. Jika sejak awal lagi kita tidak boleh bersama atau tidak ada kesefahaman, bagaimana kiita hendak teruskan hidup bersama hingga akhir hayat. Waktu bercinta, kita kena banyak belajar untuk menerima pasangan sama ada serasi atau sebaliknya. Jika ada masalah timbul dalam perhubungan, lebih baik bincangkan lebih awal. Kalau ikutkan hati memang hendak carikan pengganti tetapi saya ada pendirian. Kalau dah putus, biarlah perhubungan diteruskan sebagai kawan biasa."

ABDUL HAMID AHMAD, 30, Kerani berkata,
"Sewaktu putus cinta, "tension". Saya ada menangis tapi hanya dalam bilik. Saya tak bagi tau kawan-kawan apa yang berlaku kepada saya kerana ianya adalah masalah peribadi. Cuma saya beritahu kepada kawan baik. Sekurang-kurangnya ada orang dengar luahan hati kita. Dia juga boleh beri nasihat berguna untuk didengar. Memang susah hendak lupakan cinta pertama. Sebenarnya kita kena jadi tabah. Ikut prinsip agama, mungkin tidak ada jodoh antara kita. Selepas putus cinta, saya bertekad untuk tidak bercinta lagi tetapi mahu terus berumah tangga."

SHAHRUL IZWAN, 20, Pelayan hotel berkata,
"Pengalaman bercinta monyet sewaktu bersekolah memang ada. Walaupun saya bercinta pada usia muda, tetapi apabila putus cinta itu bergantung kepada individu itu sendiri. Bagi saya, cara terbaik untuk menangani masalah putus cinta dengan dekatkan diri kepada Tuhan dan banyakkan membaca Al-Quran."

Itulah komen orang lelaki semasa putus cinta. Jika anda putus cinta berkali-kali, jangan putus asa. Gagahkan dirimu dan jangan biar wanita mengetahui kelemahanmu.


Sms Cinta

Kalau cinta ibarat penyakit,aku taknak makan ubat.Biar aku merana diserang penyakit ini krn aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!

Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi!

Thursday, July 31, 2008

Psiko Cinta

Apabila jodoh ditemukan dan kedua pihak telah bersetuju untuk dinikahkan maka sebagai syarat yang penting dalam pernikahan ialah pihak lelaki dikehendaki memberi hadiah atau mahar kepada pihak wanita. Apabila jodoh ditemukan dan kedua pihak telah bersetuju untuk dinikahkan maka sebagai syarat yang penting dalam pernikahan ialah pihak lelaki dikehendaki memberi hadiah atau mahar kepada pihak wanita. Ini adalah syarat terpenting untuk membuatkan pernikahan itu sah dari hukum syarak. Allah memerintahkan supaya wanita yang akan dikahwini diberi mahar. Allah menyatakan, "Ya Rasul, sesungguhnya kami telah menghalalkan kamu isteri kamu yang telah kamu berikan kepadanya mahar."

Di dalam ayat yang lain Allah menyatakan, "Dan untuk wanita kamu, berikanlah mereka mahar sebagai hadiah dan jika dia memberi kepada kamu sebahagian dengan kerelaannya, maka makanlah dengan senang hati dan gembira." Allah mewajibkan mahar sebagai hadiah untuk wanita yang dikahwini. Mahar adalah sebagai cinta cintanya sudah diterima.

Apabila cinta atau kasih yang ditawarkan oleh teruna diterima oleh si dara maka sebagai tanda kesyukuran kepada Allah yang memberikannya isteri maka mahar dibayar. Mahar hanyalah tanda, yang penting wanita itu menerima serta membalas cintanya dan bersedia bersamanya mengharungi lautan hidup. Oleh kerana mahar adalah tanda kegembiraan bagi pihak lelaki, maka ianya hendaklah diberi dengan hati yang penuh ikhlas, tulus, suci dan gembira. Ianya tidak patut diberi sebagai satu bebanan dan tekanan bagi pihak lelaki.

Pihak wanita janganlah menganggapnya sebagai satu tuntutan yang patut dibayar oleh pihak lelaki kerana berjaya meminangnya. Pihak wanita tidak patut menganggap mahar sebagai ganti untuk anaknya. Oleh kerana anak wanita kami berpelajaran tinggi, cantik dan mempunyai kedudukan maka bayaran mahar hendaklah tinggi. Mahar dianggap sebagai bayaran atau harga wanita yang dikahwini.

Allah memberitahu mahar adalah hadiah dari pihak lelaki untuk pihak wanita. Mahar hendaklah dibayar oleh pihak lelaki mengikut kemampuannya. Lelaki hendaklah memberinya dengan penuh perasaan kasih dan tanpa tekanan. Pihak wanita tidak patut membuat tuntutan yang membebankan nya. Jika lelaki itu lelaki yang kaya dan berharta maka maharnya adalah mengikut kemampuannya. Jika dia seorang yang berpendapatan rendah maka maharnya mengikut kemampuannya. Tidak ada had atau batas di dalam memberi mahar. Ianya diberi mengikut kemampuan yang memberi. Mahar boleh merupakan sebentuk cincin emas yang bertatahkan berlian atau hanyalah sebentuk cincin suasa.

Mahar boleh merupakan segenggam barli atau kurma dan boleh juga sepasang kasut. Seorang wanita dari Bani Fajarah dikahwinkan dengan mahar sepasang kasut. Nabi Muhammad bertanyakan dia, sama ada dia berpuas hati dengan mahar hanya sepasang kasut. Wanita itu menjawab dia berpuas hati. Maka Nabi Muhammad membenarkan lelaki itu mengahwininya.

Dari hadis di atas, jelas menunjukkan mahar adalah hadiah dari pihak lelaki dan pihak wanita pula bersetuju menerimanya. Mahar adalah lambang ikatan yang dibuat antara dua insan. Ia tidak patut diberatkan. Apabila mahar dibayar mengikut kemampuan pihak lelaki maka perkahwinan menjadi mudah untuk semua orang. Melakukannya apabila jodohnya telah ditemui. Penzinaan, maksiat akan berkurangan kerana peluang untuk berkahwin dipermudahkan untuk semua orang.

Apa yang memberatkan anak muda yang mempunyai nafsu yang tinggi untuk berkahwin ialah maharnya yang tinggi. Bagi melepaskan syahwatnya mereka bercinta dan tidur seperti suami isteri tanpa nikah. Apabila mereka berkahwin, wanita itu sudah tidak ada lagi daranya. Inilah yang berlaku dalam masyarakat yang menyusahkan dan memberatkan pernikahan. Penzinaan menjadi perkara biasa. Lelaki muda pergi berkunjung ke sarang pelacuran untuk memuaskan nafsu. Jangkitan penyakit kelamin seperti AIDS akan merebak seperti api. Masyarakat itu menuju kepada kehancuran.

Kenapa mahar dimahalkan. Ini berlaku kerana masyarakat cintakan kebendaan dan kesucian. Mereka mahu nama dan kemegahan daripada taat kepada perintah Allah. Ini terjadi kerana iman lemah dan cinta dunia bersarang dalam hati. Akhirnya masyarakat yang tidak mengamalkan agama pasti akan dihancurkan, oleh amalan mereka sendiri.

Jikalau kita ingin kebaikan dan keberkatan di dalam perkahwinan, maka mudahkan lah ia. Semakin hampir pernikahan itu seperti pernikahan anaknya Nabi Muhammad iaitu Fatimah, maka semakin berkat lah ia. Perkahwinan Ali dan Fatimah dijalankan dengan sederhana sekali. Ali tidak mempunyai apa-apa pun untuk berkahwin. Dia hanya mempunyai sebuah perisai perang yang dijadikan mahar buat Fatimah.


Kata Cinta

Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.

Tanda Lelaki Mabuk Cinta

Tahukah anda bila lelaki benar-benar jatuh cinta? Apabila setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan.

Lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa saja untuk kekasihnya.

Antara tanda lelaki jatuh cinta dengan hebat termasuk:

- Bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

- Sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

- Banyak menasihati kekasihnya kerana dia sayangkan kekasihnya.

- Berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

- Sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

- Sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sering rasa curiga.

- Tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

- Mudah rasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian padanya.

- Ada kalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahukan kekasihnya melayannya lebih daripada orang lain.

- Menjadi orang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

- Pandai merajuk kerana ingin dipujuk kekasihnya.

- Menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

- Sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

- Mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

- Kerap bertanya cinta kekasihnya kerana dia berasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

- Tidak melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

- Cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

- Membanggakan kekasihnya depan orang lain.

- Jika dia ditinggalkan kekasihnya, dia berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun sentiasa mengharapkan kekasih kembali padanya.

- Apabila timbul orang kedua, dia akan hilang akal dan sanggup buat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

- Menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawa sendiri.



Kata Cinta

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Tanda Si Dia Mencintai Kita

1) Dia terlalu kuat mencintai kita

2) Selalu ingin berhubung dengan kita

3) Dia mengambil berat perihal kita

4) Dia sanggup berkorban dan meluangkan masa untuk kita walaupun dalam keadaan terlalu sibuk sangat

5) Dia cemburu bila kita bersama insan lain

6) Jiwanya meronta-ronta bila tidak dapat bertemu kita

7) Hatinya gembira bila dapat berhubung atau bertemu dengan kita

8 ) Dia tidak menyakiti hati kita sebaliknya menyayangi kita dan menjaga hati kita sebaik mungkin.

9) Memberi hadiah dengan penuh ikhlas dan kasih sayang

10) Mudah tersinggung dan merajuk bila kita tidak menurutkan kemahuannya

11) Susah untuknya berenggang dengan kita kerana cepat rindu. Jika terpaksa berjauhan, kerap dia menghubungi kita sampai sehari beberapa kali bertanya khabar dan ingin mendengar suara

12) Tidak kisah perbezaan umur.

13) Sukar untuknya memarahi kita kecuali jika kita curang, berbohong dan keterlaluan

14) Dia tidak peduli apa orang kata mengenai dirinya menyintai kita yang penting asalkan jiwanya bahagia dengan kita.


Madah Cinta

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya

30 petua kukuh ikatan cinta

Bagi merealisasikan setiap impian berkenaan, pasangan yang bercinta sering mendambakan harapan supaya suatu hari nanti mereka mampu bersatu dan mendayung kebahagiaan bersama hingga ke akhir hayat.

Namun bukan semua harapan itu dipenuhi. Ada kalanya setiap perhubungan diuji bagi mengenal sejauh mana kentalnya rasa kasih pasangan. Adakah anda tabah dengan dugaan yang diberi?

Apapun, 30 petua berikut mungkin boleh dijadikan asas penting kepada pasangan yang bercinta supaya hubungan terus kukuh, intim dan akhirnya menjadi insan paling bahagia di dunia ini.

- Setiap insan ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang seseorang itu bertemu jodoh yang berada jauh darinya.

- Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insya-Allah akan menemukan anda dengan pasangan.

- Banyak orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

- Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

- Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

- Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

- Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan akan membenci anda.

- Harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangan pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

- Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.

- Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

- Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

- Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

- Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan.

- Tidak salah bagi wanita memulakan usaha untuk berkenalan. Lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya wanita yang memulakannya.

- Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati serta bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

- Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

- Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

- Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

- Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain serta seronok untuk didampingi orang lain.

- Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sesiapa saja boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita.

- Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

- Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang ringkas, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan reda dengan setiap pemberian lelaki terbabit.

- Wanita mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Oleh itu, lelaki janganlah terlalu berjimat atau kedekut.

- Lelaki harus belajar mengenal kerenah, perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebencian wanita.

-Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

- Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

- Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan perbezaan sifat, tindakan serta minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

- Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi serta melengkapkan sikap dan sifatnya.

- Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering berasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

- Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki membentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan bersama.



Madah Cinta

Cinta membuatkan orang bersemangat untuk hidup, rasa cinta adalah satu rangsangan indah dalam kehidupan. Cinta adalah sesuatu yang subjektif, susah untuk ditafsirkan. Kadangkala kita merasakan apa yang kita alami itu cinta tapi sebenarnya bukan.

Wednesday, July 30, 2008

Siapa Yang Kita Patut Letak Cinta

Assalamu'alaikum kepada pembaca Blog.

Hari ni saya ingin berkongsi pengalaman seorang kawan dengan anda. Sedang saya berbual, dia bertanya saya, "wanita mana yang saya perlu letak cinta". Di sini saya ingin ambil kesempatan merakamkan ras dukacita tentang penderitaan mengundang bahagia. Jatuh yang orang tidak simpati ialah jatuh cinta.

Tiada siapa yang dapat melepaskan diri daripada mencintai dan dicintai. Ada orang masuk syurga kerana cinta dan ada juga yang dihumbankan ke dalam neraka gara-gara cinta. Bagaimana cinta boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta datang dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta dari nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati yang tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. Termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. Lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah jumpa atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Ingat, anda harus tahu siapa yang anda cinta dan anda cinta kerana apa. Jika kita bercinta, biar ikut syari'at bukan ikut budaya barat.

Semoga karya ini memberi pemahaman pada anda.

Tuesday, July 29, 2008

Pantun Cinta

Bertudung cantik mata memikat,
Melirik senyuman memukau semua,
Wahai cik adik saya terpikat,
Bolehkah tahu siapa nama.

Hati merindu fikiran melayang,
Burung merpati terbang tinggi,
Terkenang si dia terbayang-bayang,
Itulah tanda dah jatuh hati.

Bunyi lagu membangkit suasana,
Bunga mekar di depan mata,
Sunyi rasa tak dapat bersama,
Kekasih hati jauh di sana.

Hujan turun laut membiru,
Dingin malam mengusik kalbu,
Biar batu menjadi debu,
Aku tetap sayang padamu.

Berjalan segak bergerak pantas,
Jangan terlupa melihat tetamu,
Wahai abang yang manis,
Sudikah jalan bersamaku.

Bunyi jantung tanda debaran,
Ingin bertanya tetapi malu,
Ku menunggu penuh harapan,
Sudikah engkau menerimaku.

Luahan Cinta

Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit…bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan….
Ini adalah cinta tanpa syarat….
Aku begitu menyintaimu…..

Madah Cinta

Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.

Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.


Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia akan melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas kepala orang lain.