Madah Cinta

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Monday, August 11, 2008

6 Cara Pikat Wanita Idaman

Soalan dari saudara kita

" Arsyad boleh bantu saya dalam masalah cinta. Bagaimana cara memikat wanita idaman"

1. Jadilah lelaki pemaaf

Untuk menjaga hati perempuan, kamu perlu belajar menjadi seorang lelaki yang pemaaf. Kalau sebelum ini, kamu memang trkenal dengan sikap ego dan sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain, apa salahnya untuk kebaikan hubungan yang terjalin kamu sedia memaafkan sebarang kesilapan yang mungkin dilakukan oleh teman wanita kamu. Bukan apa perempuan sebenarnya kana cair kalau berhadapan dengan lelaki yang mudah memaafkan mereka. Jangan sesekali menyimpan perasaan dendam atau cuba untuk membalas menyakiti hatinya semula suatu hari nanti. Sebaiknya kamu barkan sahaja apa yang berlaku berlalu, kerana perempuan sebenarnya lebih suka dimanja dan tidak sukakan lelaki yang pendendam. Dalam pada itu, pemaaf kamu hendaklah bertempat, jangan pula sampai kepala dipijak.

2. Jangan mudah berputus asa

Tanyalah kawan-kawan perempuan sekeliling kamu, lelaki macam manakah menjadi pilihan mereka untuk dijadikan teman. Pasti ramai yang memberikan jawapan, mereka impikan lelaki yang kacak, baik, jujur, bertanggungjawab dan juga tidak mudah berputus asa. Lelaki yang terus cuba dan mencuba untuk memenangi hati perempuan yang disukainya tanpa mengenal erti berputus asa akan berjaya. Ini kerana dengan kesungguhan yang kamu tunjukkan memberikan keyakinan pada perempuan bahawa kamu benar-benar ingin memilikinya. Biar sesukar manapun kamu perlu berusaha dan jangan sesekali tunjukkan rasa bosan atau mudah berputus asa sebab ada sesetengah permpuan berpura-pura jual mahal. Antara alasan mereka ialah ingin menilai tahap kesabaran dan kesungguhan kamu. Segalanya terletak pada niat kamu sendiri, apakah kamu benar-benar ikhlas atau sekadar untuk main-main sahaj? Jika benar hasrat kamu ikhlas an jujur, rasanya tidak menjadi masalah buat kamu untuk terus berusaha menawan hati si dia. Tetapi ingat, biarpun kamu suka ?gila? dengan si dia jangan sekali-kali mengiyakan semua yang di perkatakan oleh si dia kerana perempuanjuga sebenarnya tidak suka lelaki yang terlalu mengikut cakap mereka. Sebaliknya fikir dahulu sebelum membuat keputusan.

3. Komitmen

Masuk bab komitmen ni, sesetengah lalaki payah sikit untuk memberikan komitmen sepenuhnya terhadap sesuatu perhubungan. Sebab lelaki biasanya lebih terdedah pada dunia lepas bebas dan tidak suka dikawal. Malah ada antara mereka yang telah lama menjalin hubungan tetap masih lagi tidak suka dikongkong oleh kekasih sendiri. Bagaimanapun, keadaan ini berbeza dengan perempuan, mereka biasanya inginkan seseorang lelaki yang menjadi teman mereka, bersedia dan mampu memberikan komitmen sepenuhnya terhadap ikatan yang terjalin. Bukan apa, mereka tidak mahu perhubungan yang dibina dipersia-siakan oleh lelaki tersebut. Jadi, apa yang perlu kamu lakukan di sini ialah kalau kamu benar-benar serius dan inginkan hubungan yang terjalin berlarutan ada baiknya kamu memberikan sedikit komitmen kerana lambat laun perelmpuan akan bosan dan tidak mustahil mereka akan meninggalkan kamu trkulat-kulat begitu sahaja. Siapa yang rugi.

4. Berlagak pandai

Satu hal lagi yang perempuan tak suka ialah lelaki yang berlagak pandai. Jadi kepada lelaki biarpun kamu tahu tentang sesuatu perkara ada baiknya jangan terlalu menunjuk-nunjuk lantaran ingn menarik perhatian si dia. Sebaiknya di awal perkenalan kamu hanya mengikut sahaja rentak teman wanita kamu, jangan pakai cakap lepas sahaja kononnya tahu itu dan ini kerana perempuan cukup menyampah dengan lelaki yang cakap tak serupa bikin. Tidak salah rasanya kalau buat-buat tidak tahu…

5. Berkongsi pendapat

Untuk menawan hati si dia kamu juga perlu meluangkan masa untuk meminta sebarang pendapat mengenai apa-apa keputusan yang ingin kamu ambil. Memang benar yakin pada diri sendiri penting sewaktu membuat keputusan untuk melakukan sesuatu perkara. Tetapi dengan meminta pandangan daripada si dia akan membuatkan hubungan yang terbina lebih mesra kerana perempuan akan rasa lebih dihargai apabila kamu meminta pendapat daripada mereka. Yang penting kamu jangan mengabaikannya begitu sahaja.

6. Pemurah

Nak tahu satu lagi perkara yang menyebabkan perempuan tidak suka pada lelaki ialah sebab lelaki kedekut. Betul atau tidak terpualng pada kamu sendiri menilainya? Tetapi ada baiknya kamu berhati-hati dengan perihal ini. Tersilap langkah kamu juga boleh kehilangan si dia dan juga pokai. Rasanya tidak salah kalau niat kamu hendak berjimat, tetapi tengoklah keadaan. Kalau setiap kali keluar bersama kamu terlalu sukar untuk berbelanja apakah tindakan kamu tadi untuk berjimat atau kamu memang benar-benar kedekut. Jadi untuk menarik si dia, sesekali jangan keberatan berbelanja, tetapi biarlah ada batasannya. Bukan apa, ini semua untuk kebaikan kamu juga kerana sesetengah perempuan tidak sukakan lelaki yang kedekut.

Madah

Cinta membuatkan orang bersemangat untuk hidup, rasa cinta adalah satu rangsangan indah dalam kehidupan. Cinta adalah sesuatu yang subjektif, susah untuk ditafsirkan. Kadangkala kita merasakan apa yang kita alami itu cinta tapi sebenarnya bukan.

2 comments:

Khairul said...

Assalamualaikum Tuan.Alhamdulillah,saya mendapat ilmu baru berkenan cinta ini.Saya harap tuan boleh memberikan tips menghafal al-Quran.

Izzat said...

salam, amat menarik artikel disini.. Boleh saya berkonsi artikal yang sedara postkan ini. saya akan meletakkan link saudara sekali

Luahan Cinta

Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit…bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan….
Ini adalah cinta tanpa syarat….
Aku begitu menyintaimu…..

Madah Cinta

Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.

Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.


Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia akan melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas kepala orang lain.